Bagi orang kita yang meminati seni, hiburan dan budaya Sabah, ada satu berita baik buat anda. Tidak lama lagi akan muncul sebuah akhbar yang bertajuk ORANG KITA dipasaran Sabah.
Selain memuatkan berita dan rencana tentang perkembangan industri hiburan di Sabah, akhbar ini juga akan dijadikan wadah untuk mempromosikan artis-artis Sabah.
Akhbar Orang Kita ini akan diedarkan di seluruh negeri Sabah pada penghujung Februari 2009 ini. Edisi Perdana ini pada peringkat awalnya akan dicetak sebanyak 10,000 naskah.
Kepada mereka yang berminat mahu menyumbang artikel atau rencana atau apa saja tentang industri hiburan di Sabah ini, bolehlah emel di orangkitapress@yahoo.com.
Terima kasih
PENERBIT