Saturday, January 24, 2009

ANUGERAH PERTISA 2008


SKYLINE MENCALONKAN 9 LAGU KE KATEGORI LAGU PALING POPULAR ANUGERAH PERTISA 2008.

Skyline mencalonkan 9 lagu dan 9 lirik ke Anugerah Pertisa 2008 bagi kategori Anugerah Lagu Terbaik. Antara lagu dipertandingkan ialah:

1) Orang Kita-Abu Bakar Ellah( Lagu & Lirik Abu Bakar Ellah)

2) Adaa-Clarice J Matha (Lagu Umbut/Asmin Mudin & Lirik Ramli Ahmad)

3) Sayang Kinabalu-Kimin Mudin (Lagu & Lirik Asmin Mudin),

4) Tiwas Kotoh-Lydia Kalidin & Asmin Mudin ( Lagu & Lirik Asmin Mudin)

5) dan Milangad Langad-Reno. ( Lagu Umbut /Asmin Mudin & Lirik Jeply Miroh ).




Turut termuat dalam senarai pencalonan yang dikemukakan oleh Skyline ialah dua lagu duet iaitu Sinding Monori Tori ( Lagu : Asmin Mudin Lirik Clarice Jumi Antadon ) nyanyian Clarice J Matha dan Abu Bakar Ellah.

Lagu duet kedua pula adalah lagu hip hop Tiwas Kotoh (Lagu & Lirik Umbut / Asmin Mudin) yang dinyanyikan oleh Lydia Kalidin dan Asmin Mudin sendiri. Lagu Pakitong-Kitong ( Lagu&Lirik Johan Sawajaan ) nyanyian Den Bisa dan juga lagu Hip Hop Daling-Daling ( Lagu&Lirik Rashdey Hj Sabardin )nyanyian Rash juga turut dimuatkan dalam senarai tersebut.

Dalam kenyataan media yang dihantar kepada Unit Hiburan NST, Pengurus Pencalonan Skyline En Thailon Makuzan memberitahu lagu-lagu tersebut dipilih berdasarkan respon peminat lagu-lagu tempatan dan juga restu daripada Pengarah Urusan Skyline / Skylaser Enterprise Sdn. Bhd. En Edward CK Seah. “ Kami menyedari bahawa syarikat penerbitan tempatan yang lain juga akan menghantar lagu mereka yang terbaik dan mempunyai peminat sendiri namun bagi kami semoga saingan dalam kategori ini ( Anugerah Lagu Paling Popular ) akan berlangsung kemeriahan dan suasana persaudaraan “. Ujar beliau yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Skyline untuk mengkaji dan menyedia senarai calon untuk semua kategori yang dipertandingkan ke Anugerah Pertisa 2008.

Dari: http://www.sky-laser.com

No comments:

Post a Comment